Friday, 5 May 2017

PENGHARGAAN


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Pertama sekali, saya bersyukur kepada Allah s.w.t kerana diberikan nikmat umur, kesihatan, dan kekuatan bagi menamatkan latihan mengajar selama empat bulan di Sekolah Menengah Kebangsaan Badrul Alam Shah dengan jayanya. Bersyukur juga ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya saya dapat menyiapkan tugasan penulisan ilmiah ini dengan baik.

Pertama sekali saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada  Dr. Hj .Zulkeflee Hj. Yaacob selaku pensyarah KPR3012 Seminar Refleksi Latihan Mengajar yang telah banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar sehinggalah tugasan ini dapat diselesaikan dengan jayanya. Jutaan terima kasih terhadap pensyarah penyelia saya Dr. Zulkifli bin Osman di atas kesudian beliau memberi nasihat dan teguran kepada saya sepanjang tempoh penyeliaan.

Jutaan terima kasih kepada ibu saya kerana banyak memberi semangat dan nasihat kepada saya sepanjang menjalani latihan mengajar Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah kerana memberi peluang kepada saya untuk menjalani latihan mengajar di sekolah tersebut. Jutaan penghargaan juga kepada guru pembimbing saya iaitu Pn. Haslinawaty binti Ismail kerana  banyak membantu saya ketika latihan mengajar dengan memberi tunjuk ajar yang bermanfaat kepada saya.
Sekian, terima kasih.

MUHAMAD AFIQ BIN M.RIDZUAN

D20131063292

No comments:

Post a Comment

PENGHARGAAN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Pertama sekali, saya bersyukur k...